Thursday, July 30, 2009

Misteri Formula Mehrabian

Prof. Mehrabian's di dalam kajiannya menyatakan bahawa di dalam sesi persembahan, audiens akan memahami mesej anda melalui 7% perkataan, 38% intonasi dan suara anda, serta 55% bahasa badan.

Tetapi secara perkiraan mudah, jika anda cuma menggunakan bahasa badan sahaja semasa membentang (tanpa berkata apa-apa, tanpa slaid), adakah audiens memahami separuh (55%) daripada mesej anda?

Lihat video ini:

Wednesday, July 29, 2009

Branding: Tips memilih warna

Adakah warna slaid anda sepadan dengan warna korporat syarikat atau organisasi anda? Sesuaikan warna brand anda dengan nature bisnes. Lihat contoh di bawah:


























Lihat juga 45 tips mereka bentuk logo.

Sumber

Tuesday, July 28, 2009

5 Tips melibatkan audiens dalam persembahan

















Kredit Foto

Jika anda seorang sahaja yang bercakap dari mula hingga akhir, tentu audiens akan kebosanan. Paling tidak pun, 1% tahap tumpuan mereka akan menurun. Justeru libatkan audiens dalam persembahan anda.

1. Buat survey atau questionnaire. Tanya soalan atau pungutan pendapat.

2. Sediakan lembaran kerja. Minta mereka isikan berdasarkan apa yang mereka dengar.

3. Berikan tugasan bertulis ringkas (1 muka surat A4).

4. Minta mereka berbincang secara pasangan dengan rakan di sebelah.

5. Beri giliran pendengar membentangkan topik/idea mereka di hadapan.

Dengan melibatkan audiens, anda bolehlah rileks-rileks melepaskan penat bercakap berjam-jam. Air liur anda juga boleh dijimatkan sekurang-kurangya 10%.

Wednesday, July 22, 2009

My 100th Follower


















To Michele you are my 100th follower.

Congratulations and thank you very much!

Obama: I'm not the guy 'vs' saya bukan gay?

Bandingkan berita asal dalam bahasa Inggeris ini:

“And for those of you who want your president to look great in his tight jeans, I’m sorry I’m not the guy,” Obama said. - REUTERS

dengan terjemahan Bahasa Melayu ini:

“... Dan bagi anda semua, kamu tahu presiden kamu sebenarnya kelihatan hebat dengan berseluar jean. Maaflah, saya bukan gay,” katanya sambil mengangkat bahu. -UTUSAN ONLINE

Dengar sendiri laporan MSNBC di sini:

Tuesday, July 21, 2009

Killer Presentation Skills

Monday, July 20, 2009

Semua NC disaran guna Facebook





















SAIFUDDIN menekan butang pada komputer riba sebagai simbolik pelancaran e-book Kalau Saya Mahasiswa di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial, Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian.

Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu.

"Dengan itu, ia akan memberi peluang kepada setiap mahasiswa berinteraksi dengan pimpinan universiti. Lazimnya yang lebih mudah berjumpa dengan pemimpin universiti ialah pemimpin mahasiswa sahaja," katanya.


Sumber: Kosmo! Online

Facebook pupuk belia berpolitik

KUALA LUMPUR 19 Julai – Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan sepenuhnya laman web sosial Facebook bagi menarik golongan belia untuk berpolitik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, langkah itu wajar kerana Facebook merupakan laman yang paling digemari golongan tersebut pada masa ini.

Katanya, berdasarkan pengalaman peribadinya, beliau ‘bersahabat’ dengan lebih 2,800 belia menerusi Facebook yang mana mereka masih berminat berbicara tentang politik.

‘‘Daripada apa yang saya lihat dalam Facebook, adalah tidak benar kalau kita katakan orang muda tidak berminat dengan politik. Mereka minat politik, tetapi dengan cara yang baru dan berbeza.

‘‘Jadi, kalau hendak tingkatkan penyertaan orang muda dalam politik, sistem politik yang sedia ada perlulah dipinda sedikit untuk memberi ruang kepada golongan muda,’’ katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Saifuddin berkata demikian kepada pemberita pada majlis meraikan sahabat-sahabat Facebook beliau dan genap 100 hari menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Saloma Bistro, Jalan Ampang di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, sebagai contoh antara pandangan yang diutarakan kepada beliau melalui Facebook ialah ramai anak muda yang menyokong BN, tetapi sukar hendak jadi ahli mana-mana parti komponen dalam BN.

‘‘Jadi, mereka minta cadangkan tubuh Kelab BN supaya mereka boleh sokong BN dan jadi ahli BN tanpa jadi ahli mana-mana badan gabungan.

‘‘Ini kerana ramai golongan muda pada hari ini adalah bukan Melayu, Cina mahupun India hasil daripada perkahwinan campur. Oleh itu, agak sukar bagi mereka untuk menyertai UMNO, MCA atau MIC,’’ katanya sambil menambah golongan itu tetap menyokong BN.

Saifuddin menambah, terdapat juga di kalangan orang muda yang tidak ada ketaatan kepada mana-mana organisasi atau ideologi politik.

‘‘Golongan ini berfikir berdasarkan pandangan peribadi. Perkara yang dirasai betul, mereka akan katakan betul dan yang salah mereka akan kata salah.

‘‘Golongan muda pada hari ini juga lebih tertarik jika suara mereka didengar tidak setakat musim pilihan raya sahaja, tetapi sepanjang masa,’’ katanya.

Tambah beliau, bagi mereka proses demokrasi tidak sepatutnya dipamerkan pada setiap lima tahun sekali sahaja dan pandangan itu turut diluahkan dalam Facebook.

Beliau turut berhasrat untuk menambah bilangan sahabat dalam Facebook kepada 5,000 orang menjelang penghujung tahun ini.

‘‘Saya seronok menggunakan Facebook, namun agak mustahil untuk saya menggunakan laman web itu setiap hari. Nanti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyangka saya tidak ada kerja pula,’’ katanya secara berseloroh.

Pada majlis yang sama, Saifuddin turut melancarkan buku elektronik beliau yang pertama bertajuk Kalau Saya Mahasiswa yang boleh dibaca secara percuma di www.saifuddinabdullah.com.my

Menurutnya, dalam buku berkenaan, beliau menceritakan pengalaman dan pengamatannya dalam gerakan mahasiswa dulu dan sekarang selain menggaris apa yang akan dilakukan untuk memperkasa gerakan mahasiswa. - UTUSAN ONLINE

Sunday, July 19, 2009

Malaysia Boleh!
















United atasi Malaysia 3-2
18/07/2009 7:38pm

KUALA LUMPUR 18 Julai - Malaysia hampir mengejutkan Manchester United, namun jaringan Michael Owen pada 10 minit pada akhir perlawanan menyaksikan pasukan kebangsaan tumpas 2-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dua jaringan Malaysia disumbangkan oleh Mohd. Amri Yahyah, manakala United memperoleh jaringan menerusi Nani dan Wayne Rooney. - Utusan

Saturday, July 18, 2009

MPH buat promosi buku berbahasa Melayu?!




















Gambar disalin dari Blog UnikaPTS.

Thursday, July 16, 2009

6 teknik memulakan persembahan

1. Tanyakan soalan

Cari soalan yang menarik yang membawa audiens berfikir. Soalan yang menarik biasanya berbunyi "Tahukah anda bahawa....?". Ia akan membuat mereka mula mencari jawapannya.

2. Letak diri anda pada diri mereka

Jika anda berada pada tempat audiens, apa yang anda fikirkan? Apa yang anda inginkan?

3. Kisah-kisah lucu

Jika anda mempunyai bakat humor, teknik ini merupakan kaedah yang baik untuk memulakan persembahan. Sudah tentu kisah lucu yang anda hendak ceritakan haruslah berkait rapat jika tidak berkait langsung dengan topik persembahan.

4. Kaitkan perkara yang lepas

Tujuannya adalah untuk membawa audiens pada satu landasan asas yang mungkin pernah mereka lalui sebelumnya. Di dalam dewan kuliah saya memulakan sesi dengan meminta mereka membuat reviu apa yang telah mereka pelajari pada minggu lepas.

5. Gunakan petikan kata-kata

Petik kata-kata mereka yang pakar atau tersohor dalam bidang topik anda. Berikan kata-kata mereka dan kemudian kaitkan bagaimana kata-kata tersebut releven dengan topik perbincangan.

6. Cerita yang menarik

Cerita atau pengalaman peribadi sentiasa menarik perhatian. Ianya unik dan ekskusif. Masukkan unsur drama dan saspens untuk menarik perhatian audiens tentang apa yang akan berlaku seterusnya dalam cerita anda.

Rujukan: writespeaking.com

Tuesday, July 14, 2009

Bosan dengan PowerPoint?

Jika anda bosan dengan PowerPoint, ada tiga lagi perisian alternatif yang anda boleh pilih:



















  1. Slide Rocket
  2. Zoho Show
  3. OpenOffice.org 3 Impress

Monday, July 13, 2009

Golden Lounge, KLIA






Wednesday, July 8, 2009

Pemansuhan PPSMI jejas masa depan anak-anak - Dr.M

08/07/2009 9:15pm

PUTRAJAYA 8 Julai — Pemansuhan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menjejas masa depan anak-anak, sekaligus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mantan Perdana Menteri itu yang jelas tidak gembira dengan keputusan tersebut menyifatkannya sebagai tindakan yang akan menyukarkan anak-anak untuk mempelajari dan mengetahui perkembangan dunia sains pada masa depan.

“Saya sedih kerana masa depan anak-anak, anak-anak akan jadi mangsa dasar ini,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr. Mahathir diminta mengulas mengenai pemansuhan PPSMI oleh Kementerian Pelajaran berkuatkuasa 2012 di sekolah-sekolah kebangsaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran hari ini mengumumkan bahawa berikutan keputussan itu, subjek sains dan matematik akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia. - Bernama

Utusan Online

PPSMI dimansuh

PPSMI dimansuh
08/07/2009 2:37pm


PUTRAJAYA 8 Julai - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.

Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

- Utusan

Tuesday, July 7, 2009

Maaf ya, ini kali pertama saya present...

Hari ini saya menghadiri Conference on Information Technology in Asia (CITA 2009) di salah sebuah hotel terkemuka dan terkehidung di Bandaraya Kuching. :)

Semasa mengikuti satu pembentangan kertas kerja, saya terdengar presenternya menyebut, "This is the first time I present a paper..."

Adoiyai!... Sebagai audiens, saya tidak meletakkan harapan setinggi gunung Everest terhadap pembentang. Harapan setinggi gunung Santubong pun saya tidak letakkan. Namun apa yang saya mahu cumalah masa yang saya berikan (atau mungkin bazirkan) untuk mendengar pembentangan dibayar balik dengan satu ilmu baru.

Sebelum ini saya banyak kali terserempak dengan pontianak yang present paper dengan membaca perkataan demi perkataan pada skrin. Jika anda perlu membaca teks, jangan baca dengan membelakangi audiens. Kami sebagai audiens boleh membaca sendiri lah...

Jika keadaan ini bertambah teruk, saya setuju dgn cadangan Dr. Jay H. Lehr, seorang jurutera dan saintis. Beliau berkata presenter yang teruk layak sahaja direjam dalam artikelnya bertajuk "Let there Be Stoning!" (PDF)

Kredit gambar

Monday, July 6, 2009

Tangkap screen shot laman web dengan kwout.com!

Ini contoh blog saya sendiri yang saya tangkap screen shotnya dengan www.kwout.com. Tidak perlu kekunci Print Screen!

Sunday, July 5, 2009

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat,UNIMAS

Tempahan reka bentuk slaid PowerPoint dibuka

Slaid dibawah adalah satu contoh tempahan daripada salah seorang ustaz. Beliau memerlukan kepakaran saya mereka bentuk slaid bagi ceramah beliau.

Kepada rakyat alam buana semua! Saya menawarkan khidmat reka bentuk slaid PowerPoint. Tuan/Puan hanya perlu sediakan bahan dalam bentuk Word. Maklumat lanjut sila hubungi saya melalui e-mel.

Contoh-contoh slaid yang saya telah 'design'kan ada di slideshare.net/syahruln

Kekasih awal dan akhir

Untuk mengekalkan keseragaman pada tema slaid anda, saya cadangkan slaid pertama dan slaid akhir harus dalam reka bentuk yang sama. Cuma kandungannya sahaja yang berbeza.

Slaid dibawah adalah contoh persembahan bos saya semasa mengalu-alukan kedatangan pelajar baru ke fakulti.




















Slaid awal




















Slaid akhir

Friday, July 3, 2009

Persembahan Hebat TANPA PowerPoint?




















Pada minggu lepas saya telah menghadiri satu bengkel. Tapi kali ini ia sangat berbeza. Tiada PowerPoint, tiada projektor. Yang ada cuma kertas kajang Pak Malau berwarna putih (lihat tangan kirinya). Itulah peranti persembahan yang digunakan. Penceramah juga menggunakan kad warna kuning geng bas sekolah untuk mencatat isi-isi penting ceramah (lihat tangan kanannya).

Sejurus bengkel bermula, dengan selamba badak penceramah Mat Salleh warga AS ini menyebut, "I am a low-tech person!" Walaupun tiada PowerPoint, persembahan beliau sangat bertenaga, sehinggalah pukul lima petang! Laporan bedah siasat pihak CSI Miami mendapati beliau tidak mengambil minuman tongkat ali mahupun tongkat kepunyaan Pak Ali.

Thursday, July 2, 2009

Bagaimana memasukkan video YouTube ke dalam slaid PowerPoint 2007

Embed YouTube Video into PowerPoint 2007




Cari slaid PowerPoint di SlideFinder.net














www.SlideFinder.net

Wednesday, July 1, 2009

Teknik mencari slaid PowerPoint di Google

Anda gagal menemui slaid yang anda ingini di Google? Cuba gunakan fungsi Advanced Search:


















Kemudian pada file type, pilih Microsoft PowerPoint (.ppt).


















Sumber: Idezine.com

Teknik mengajar berkesan untuk guru dan pensyarah - video