Tuesday, June 30, 2009

Multimedia Computing Programme, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Semalam saya telah membuat pembentangan kepada sekumpulan pelajar baru Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UNIMAS. Slaid asal mengandungi lebih 100 gambar foto.

Tips Persembahan: 3 teknik memanjangkan hayat persembahan

Untuk menghasilkan satu persembahan sekitar 15 minit, anda telah menghabiskan masa berjam-jam malah berhari-hari menyediakan slaidnya. Sudah tentu anda mahu slaid anda hayatnya lebih panjang dan memberi manfaat kepada ramai orang.

Pertama, anda boleh tulis blog tentang topik yang anda telah persembahkan. Anda juga boleh menulis artikel lengkap tentang apa yang telah anda bentangkan. Kemudian buat pautan (link) ke senarai pembentangan yang telah anda buat. Anda juga boleh masukkan pautan ini ke resume dalam talian anda. Ianya lebih impresif.

Kedua, hantar persembahan anda ke dalam talian melalui Slideboom.com atau Slideshare.net. Salah satu slaid persembahan saya di Slideshare.net berjaya mencecah paparan (view) lebih 2000 kali hanya dalam tempah 3 bulan! ia juga diminati (favourite) oleh seramai 21 orang. Sehingga hari ini ia telah dimuat turun sebanyak 283 kali!

Ketiga, dari segi persembahan, anda boleh rakamkan persembahan dan simpan dalam format video digital. Kemudian ia boleh dimuat naik ke YouTube atau akaun Facebook anda. Slaid anda juga boleh ditukar formatnya dari PPT ke format AVI.

Saturday, June 27, 2009

Tips PowerPoint: Reka bentuk teks pada slaid

Steve Tobak, perunding strategi dan pemasaran yang berpangkalan di Silicon Valley, Amerika Syarikat memberikan 5 tips reka bentuk teks dalam PowerPoint:
  • Pastikan teks anda jelas dan ringkas. Jangan gunakan terlalu banyak perkataan.
  • Tetapkan satu maklumat kunci (key point) pada satu slaid. Jika anda mempunyai dua maklumat kunci, sediakan dua slaid.
  • Jangan melebihi enam bullets pada setiap slaid. Kalau boleh, kurangkan lagi. Satu baris untuk satu bullet, jika boleh. Elakkan sub-bullet.
  • Huruf besar hanya untuk perkataan pertama tajuk, bullet atau frasa. Gunakan jidar kiri (left justify) kesemua teks.
  • Bullet bukanlah ayat lengkap. Ia boleh jadi frasa. Buangkan koma atau perkataan tidak perlu. Contoh:
“We need to determine the most likely customer and product scenarios” menjadi :
“Determine likely customer/product scenarios”.
  • Saiz minima bagi teks ialah 24. Tajuk dengan saiz 36 menjadikan tajuk slaid muat dalam satu baris.
  • Jangan campur aduk jenis fon, saiz dan jenis bullet.
Sumber: bnet.com

Gambar

Teknologi digital belum gugat media cetak

KUALA LUMPUR 26 Jun - Kepesatan teknologi digital masih belum dapat menggugat media cetak meskipun sebelum ini terdapat banyak tanggapan bahawa industri akhbar akan lenyap.

Pengarah Urusan Komunikasi, Teknologi Tinggi dan Media Asia Tenggara Accenture, Alwin K. Magimay berkata, pandangan itu berdasarkan belum ada petunjuk yang mampu membuktikan permintaan bagi media itu semakin pupus.

''Sebelum tiba tahun 2000, ramai penganalisis berpendapat media cetak khususnya akhbar akan 'mati' dengan kemunculan Internet.

''Tapi, sehingga hari ini, industri media cetak masih ada, meskipun pengaruhnya semakin berkurangan tetapi tidak mustahil permintaan bagi akhbar akan meningkat semula,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan hasil Tinjauan Pengguna Penyiaran Global Accenture 2009 di sini hari ini.

Sumber: Utusan

Muat turun laporan lengkap daripada Accenture (PDF).

Ulasan buku: Brain Rules

Anda ingin menguatkan ingatan? Menurut Dr. John Medina dalam bukunya Brain Rules, terdapat 12 prinsip dalam menguatkan ingatan:

Exercise EXERCISE | Rule #1: Exercise boosts brain power.
Evolution SURVIVAL | Rule #2: The human brain evolved, too.
wiring WIRING | Rule #3: Every brain is wired differently.
attention ATTENTION | Rule #4: We don't pay attention to boring things.
shortterm SHORT-TERM MEMORY | Rule #5: Repeat to remember.
longterm LONG-TERM MEMORY | Rule #6: Remember to repeat.
sleep SLEEP | Rule #7: Sleep well, think well.
stress STRESS | Rule #8: Stressed brains don't learn the same way.
multisensory SENSORY INTEGRATION | Rule #9: Stimulate more of the senses.
vision VISION | Rule #10: Vision trumps all other senses.
gender GENDER | Rule #11: Male and female brains are different.
exploration EXPLORATION | Rule #12: We are powerful and natural explorers.

Maklumat lanjut di brainrules.net

Syahrulnizam.com catat lebih 100 pelawat sehari

Buat kali kedua dalam sejarah kewujudan syahrulnizam.com di buana maya ini, lebih 100 pelawat telah singgah dalam sehari. Kali pertama ialah semasa blog UniversitiPTS me'link' blog saya.

Semuanya gara-gara posting saya semalam tentang kematian MJ. Kata kunci carian terbanyak semalam adalah seperti berikut:

michael jackson meninggal dunia - 23 hits
michael jackson meninggal - 15
micheal jackson meninggal dunia - 10
micheal jackson meninggal - 8

Nampaknya pembaca blog lebih haus dengan berita-berita dunia hiburan berbanding posting saya yang lain. Saya fikir terlalu berat temanya.

Lihat graf di bawah. 107 pelawat telah dicatatkan semalam.


Friday, June 26, 2009

Michael Jackson meninggal dunia


Michael Jackson dies

American pop music legend Michael Jackson died of a heart attack in a Los Angeles hospital today, just weeks before he hoped to resurrect his four-decade long career with a series of sold-out shows in London.

Jackson was taken to the University of California at Los Angeles medical centre, and paramedics administered cardiopulmonary resuscitation in the ambulance. He arrived at the hospital in a coma and was reported dead about three hours later.

Read the complete story from Guardian, UK.

Thursday, June 25, 2009

Kaedah melukis graf


Jika anda menggunakan graf dalam slaid PowerPoint anda, ringkaskan graf anda. Garisan grid menegak ada kalanya adalah tidak perlu. Nipiskan garisan grid dan tebalkan garisan graf (untuk graf garis). Tidak perlu letakkan label pada setiap data. Cukup pada data-data tertentu yang anda ingin highlight (seperti kenaikan atau penurunan nilai yang signifikan).

Lihat bagaimanaCEO Amazon, Jeff Bezos mempersembahkan grafnya dalam gambar di atas. Ianya simple tetapi smart.

Kredit gambar

Wednesday, June 24, 2009

Bengkel Penulisan Kreatif UNIMAS

Bukti sebagai peserta...


Para peserta bergambar beramai-ramai sebagai ganti sarapan tengahari... he..he..!


Sarawak Club Golf Resort @ UNIMAS Campus

Tuesday, June 23, 2009

Presentations 101: Insights from Stand Up Comics

Pelajari bagaimana membuat persembahan hebat...

Monday, June 22, 2009

Komputer Peribadi zaman 80an! - lawak!


Terus ke saat ke-10 untuk melihat PC lama.

Sunday, June 21, 2009

Perkataan penyendal (filler words) dalam pengucapan awam

Perkataan penyendal (filler words) seperti "um," "ah, " "lah," "lar," atau "err" merupakan contoh penggunaan bahasa yang lemah di dalam persembahan atau pengucapan awam. Perkataan seperti ini menunjukkan anda seolah-olah kurang yakin semasa berucap. Anda tercari-cari perkataan yang tak kunjung sampai ke lidah.

Contoh perkataaan/frasa lain dalam Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:
  • "like"
  • "so"
  • "ok,"
  • "basically"
  • "well"
  • "that is to say"
  • "I mean"
  • "in other words"
  • "you know"
  • "like I said"

Senarai tambahan daripada Ellen Finkelstein:
  • Really: “I really want to say how important this is.”
  • Actually: “I was actually flabbergasted!”
  • Literally: “I literally sank through the floor.” (Don’t you mean “figuratively” which is the opposite?)
  • I mean: “I mean, I think it’s OK to say no.”
  • Definitely: “I’m definitely a supporter of environmental awareness.”
  • Basically: “Basically, I’m fine with that.”
  • Overall: “Overall, I don’t see how we can pay back the debt.”
  • Just: “I’m just so upset about the situation.”
  • Kind of: “I’m kind of (kinda) ambivalent about him.”
  • Sort of: “I’m sort of (sorta) ambivalent about him.”
  • Like: “I, like, don’t know how it’s going to turn out.”

Gilda Bonanno, jurulatih pengucapan awam memberikan langkah-langkah berikut:
  1. Semasa berucap, jika anda tersedar atau terperasan bahawa anda menggunakan perkataan penyendal, maka berhenti bercakap serta merta.
  2. SENYAP. Ia kaedah bagi menggantikan ruang kosong antara dua ayat.
  3. Ambil nafas.
  4. Ucapkan perkataan seterusnya.
Ulang langkah di atas dengan membuat satu latihan mudah. Cakaplah tentang apa sahaja yang anda mahir dalam tempoh dua minit. Sejurus anda 'terlafaz' perkataan yang tidak sepatutnya dilafazkan, setkan semula jam anda. Semoga berjaya!

Kredit imej.

Saturday, June 20, 2009

.PPT 'vs' .PPS?

Semasa menyimpan (save) fail persembahan, anda boleh memilih sama ada format persembahan PowerPoint (.PPT) atau tayangan PowerPoint (.PPS). Pilihan PPS memudahkan anda membuka slaid cuma dengan sekali klik. Cara ini membolehkan slaid ditayangkan terus tanpa melalui fugsi suntingan. Ini bermakna anda tidak perlu lagi terkial-kial mencari ikon tayangan pada perisian PowerPoint.

Saya kesihan melihat ada antara penyampai (termasuk yang hebat-hebat jawatannya) tercari-cari ikon bagi memulakan tayangan slaid mereka. Keadaan ini bertambah parah selepas PowerPoint 2007 menukar kedudukan ikon ini dari sebelah kiri skrin ke kesebelah kanan (bawah). Mereka yang sudah sekian lama menggunakan PowerPoint versi 2003 pasti gabra apabila tidak menemui ikon tersebut pada kedudukan asalnya!

Saya juga pernah melihat ada penyampai yang langsung tidak memaparkan slaid dalam bentuk skrin penuh sepanjang persembahan!Mungkin kerana dia tidak tahu dimana ikon tersebut. Namun alasan yang diberinya ialah lebih mudah memilih slaid demi slaid jika persembahan dibuat dalam mode penyuntingan.

Kredit foto

Thursday, June 18, 2009

Tip persembahan: Pilih pakaian yang sesuai

Semasa membuat pembentangan, elakkan kelihatan terlalu simple atau kurang segak dari segi pemilihan pakaian. Ingatlah bahawa anda adalah seorang pakar. Jika tidak, anda tidak akan diminta bercakap di hadapan.

Tanggapan pertama audiens sangat penting lebih-lebih lagi jika anda menjual satu-satu produk kepada pelanggan. Saya tidak hairan mengapa ada jurujual yang sanggup memakai tali leher di bawah panas terik matahari. Mereka kesana-sini mencari pembeli yang sudi membeli buku cerita kanak-kanak atau produk-produk lain, sambil mengelap keringat di dahi. Yang penting "control handsome!"

Frank Adamo, penulis buku 31 Tips to Becoming an Effective Presenter menyebut bahawa audiens berhak memilih pakaian yang simple, tetapi bukan presenter. Saya cadangkan anda berpakaian satu aras lebih tinggi dari kalangan audiens.

Maknanya jika anda dimaklumkan bahawa sesi persembahan adalah santai, pilihlah pakaian ala casual smart. Jika audiens anda berpakaian dengan tema casual smart, anda boleh kenakan suit bisnes atau jaket tanpa tali leher dan begitulah seterusnya.

Saya sendiri datang ke sesi persembahan dengan membawa 'bekal' jaket kasual atau blazer yang digantungkan dalam kereta. Saya akan sesuaikan dengan keadaan audiens. Pilihan lain yang lebih selamba ialah jaket jean atau the fleece.

Baca 9 tips persembahan dari Frank Adamo.
Kredit gambar.

Wednesday, June 17, 2009

Tip: Berhati-hati dengan Animasi

















Satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Innovation and Learning mendapati bahawa penggunaan teknik animasi pada slaid boleh menjejaskan proses pembelajaran.

Saya lebih suka jika animasi hendak digunakan, ia harus dimanfaatkan untuk mengeluarkan teks atau imej satu persatu. Katakan anda mempunyai lima isi utama. Gunakan animasi di mana setiap isi hanya akan muncul pada skrin selepas anda habis menghuraikan satu-satu fakta.

Penggunaan animasi yang keterlaluan atau tidak perlu boleh menyebabkan audiens anda keliru. Keadaan bertambah parah apabila anda sendiri yang turut terkeliru.

Paling penting, TOLONG BERHENTI sekarang jika anda masih menggunakan slide transition dari jenis random. Ia menyakitkan mata audiens (dan mungkin menyakitkan hati mereka juga).

Baca maklumat lanjut di sini.

Kredit foto.

Intai-intai PowerPoint 2010

Tuesday, June 16, 2009

Mengapa kemahiran persembahan penting?


Dalam karier saya sebagai pensyarah, keberkesanan sesi pengajaran diukur dari segi sejauh mana mesej yang saya sampaikan dapat difahami pelajar.

Selain itu saya juga terlibat dalam sesi pembentangan laporan penyelidikan dan sebagainya. Menguasai teknik persembahan penting bagi saya. Ia menentukan bahawa audiens faham dan menerima idea saya.

Sepanjang penelitian saya, ada ramai orang yang mempunyai idea yang menarik. Namun semasa membentangkan idea, mereka gagal memikat audiens sasaran. Pemilihan fon pada slaid PowerPoint mereka menyakitkan mata audiens. Kesannya hampir keseluruhan usaha mereka gagal.

Mengapa kemahiran persembahan penting? Hal ini kerana dengan mengetahui teknik menghasilkan slaid yang betul serta mempersembahkannya dengan betul, anda akan dapat mencapai matlamat anda dalam organisasi. Dengan menguasai teknik persembahan, anda sebenarnya juga meninngkatkan kebarangkalian untuk mempengaruhi audiens.

Kredit imej

Thursday, June 11, 2009

Gementar nya nak present (edisi neves nyer... huhuhu!)

Tugas membuat pembentangan ada kalanya amat menyiksakan. Jadi bagaimana mengatasi perasaan gementar dan 'neves' (nervous) sebelum memulakan pembentangan?

Tim Robbins adalah penulis ebuku "The Confidence Blueprint - Unlock the Secrets for Developing Unshakeable Self Confidence". Dalam artikelnya di ezinearticles.com bertajuk The Fear of Public Speaking and How to Eliminate, beliau memberikan beberapa panduan:

1. Bina Imej Mental yang Positif (Positive Mental Imagery -PMI)

Sebelum nama anda dipanggil untuk memulakan persembahan, bayangkan perkara-perkara positif. Bayangkan bahawa anda sedang membentangkan fakta demi fakta dengan tenang dan bergaya. Bayangkan setiap soalan yang ditanya akan dapat dijawab seolah-seolah anda pakar tersohor dalam bidang anda. Lebih banyak bayangan-bayangan positif ini terpahat di minda anda, maka keyakinan juga akan terbina.

2. Jangan takut dengan rakan anda sendiri

Anggap sahaja audiens anda cumalah orang-orang kerdil atau budak-budak kecil. Tidak ada apa-apa yang hendak ditakuti. Anggap sahaja mereka ini tidak akan dapat membuat apa-apa pada anda. Anda yang akan menguasai mereka, bukan dikuasai.

3. Gunakan teknik NLP (Neuro-linguistic programming) Anchor
















Fokuskan pada perasaan dalaman anda dan perkukuhkannya. Rasakan perasaan yakin yang teramat sangat semasa anda membentangkan satu topik yang hebat (power).

Semasa anda merasai keterujaan yang amat sangat, tekan ibu jari anda pada jari telunjuk (gambar). Tindakan ini akan menghasilkan satu keadaan yang melibatkan neuro yang memetakan perasaan yakin yang tinggi ini.

EDISI KEMASKINI:

Akhir sekali, untuk menghilangkan rasa gementar maka berlatih, berlatih dan terus berlatih (3P - PRACTICE, PRACTICE and PRACTICE). Maryfran Johnson, ketua editor majalah CIO dalam salah satu artikelnya menyebut jurucakap yang hebat juga harus sentiasa berlatih sebelum membuat persembahan.

Wednesday, June 10, 2009

Satu, dua, tiga

Sumber: Youtube

Di dalam persembahan anda, kirakan kata kunci bagi fakta yang anda huraikan. Ia penting bagi memudahkan audiens mengikuti perjalanan pembentangan anda. Ia juga berperanan menjadi penanda bahawa anda akan beralih ke isi atau perenggan berikutnya.

Lihat bagaimana Obama membuat kiraan bagi fakta utama dalam salah satu ucapannya:

The first issue that we have to confront is violent extremism in all of its forms.

The second major source of tension that we need to discuss is the situation between Israelis, Palestinians and the Arab world.

The third source of tension is our shared interest in the rights and responsibilities of nations on nuclear weapons.

The fourth issue that I will address is democracy.

The fifth issue that we must address together is religious freedom.

The sixth issue that I want to address is women's rights.

Finally, I want to discuss economic development and opportunity.

Baca teks penuh ucapan Obama di Kaherah pada Jun 2009 atau tonton video ucapan oleh CNN di sini.

Monday, June 8, 2009

Pusat Bowling UNIMAS - Lepas geram di sini!

Saturday, June 6, 2009

Belajar Bahasa dengan Komputer

Pelita Bahasa, Jun 2009, 12-14. (ISSN 0128-2182)

Oleh SYAHRUL NIZAM JUNAINI

Semenjak sedekad yang lalu, kemajuan dalam bidang pemelajaran menjadi pemangkin makin pesat. Sifat komputer yang semakin merata-rata menjadi pemangkin kerancakan itu. Kini dengan adanya rangkaian Internet, hampir sesiapa sahaja dapat mempelajari bahasa kedua atau ketiga dengan mudah.

Kewujudan kaedah pemelajaran pemelajaran pembelajaran moden melalui sistem Pemelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (CALL) kini membawa pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersifat penggenap. CALL juga sinonim dengan terminologi yang serupa seperti TELL (Technology-enhanced Language Learning – Pemelajaran Bahasa Dipertingkat Teknologi) dan CALI (Computer-assisted Language Instruction - Pemelajaran Bahasa Berbantukan Arahan). Secara asasnya, CALL didefinasikan sebagai aktiviti pemelajaran bahasa yang melibatkan penggunaan komputer.

Dari sudut sejarah, perkembangan CALL bermula seawal tahun 1960. Projek PLATO (Programmed Logic for Automated Teaching Operations-Logik Teratur Cara bagi Operasi Mengajar Berautomat) dimulakan di University of Illinois, Amerika Syarikat, sebagai kaedah moden terawal bagi pemelajaran bahasa asing. Kini CALL telah menarik minat dunia dengan tertubuhnya badan-badan profesional seperti International Association for Language Learning Technology ( IALLT) dan Asia-Pacific Association for Computer-Assisted Language Learning (APACALL).

Secara umumnya gabungan mantap antara teknologi komputer dengan pemelajaran bahasa dilihat berupaya meningkatkan keberkesanan proses pemelajaran bahasa. Selain itu, komunikasi antara guru dengan pelajar kini bertambah mudah dengan adanya e-mel, teknologi mesej segera, ruang sembang dan sebagainya.

Dapatkan majalah Pelita Bahasa Jun 2009 untuk artikel lengkap.

Cerita tentang Paul Allen, Michael Dell dan Bill Gates

Tidak perlu disebut tentang ijazah sarjana mahupun doktor falsafah (Ph.D). Malah nama-nama besar dunia ini bahkan tidak memiliki segulung ijazah pun. Namun perkara ini tidak menghalang mereka membina empayar niaga masing-masing.

Paul Allen

Beliau merupakan pengasas dan pengerusi Vulcan, sebuah organisasi korporat media dan telekomunikasi. Selepas dua tahun berada di Washington State College beliau berhenti belajar. Fakta menarik tentang beliau ialah kejayaannya 'mendakwah' Bill Gates untuk berhenti belajar dari Universiti Harvard. Kemudian mereka bersama-sama telah mengasaskan syarikat Microsoft.

Michael Dell

Saya rasa semasa membaca blog ini, ada antara anda yang menggunakan komputer jenama DELL. Michael Dell merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif DELL. Beliau pada mulanya telah mengikuti pengajian di University of Texas, Austin, tetapi gagal menamatkannya.

Beliau meyebut: "... jika ada orang mengatakan kepada saya bahawa idea saya mustahil, saya sebenarnya langsung tidak mendengar apa yang mereka katakan."


Bill Gates

Siapa tidak kenal Bill Gates? Kini beliau 'berehat' dari syarikat Microsoft, namun masih aktif di Bill & Melinda Gates Foundation.

Beliau gagal menamatkan pengajiannya di Universiti Harvard. Namun pada 1997, beliau kembali ke Harvard bagi menerima anugerah Ijazah Kehormat dari universiti sama. Beliau dilabel sebagai "Pelajar gagal yang paling berjaya!"

Sumber

Baca maklumat lanjut di sini juga.

Presentation Skills Quotes

"Effective presentation skills are critical to growing a company's business."

- Tom Hale, Chief Product Officer at Linden Lab.


"In today's economic environment we must break away from the boring sameness of the typical presentation and distinguish ourselves."


-Dr. Carmen Taran, executive at Rexi Media.

Source

Friday, June 5, 2009

Selami isu penyusuan bayi secara online

Oleh Syahrul Nizam Junaini, Pa&Ma, April 2009.

Adakah anda baru sahaja menimang anak sulung? Sebagai ibu, sudah tentu isu utama yang anda risau ialah dari segi penyusuan bayi anda. Sudah tentu anda tercari-cari sumber bagi mendapat maklumat tentang perkara penting ini. Adakah anda mampu menyusukannya? Ingin pelajari teknik penyusuan terbaik bagi permata hati anda?

Kini jangan risau. Terdapat banyak laman web yang menyediakan maklumat berguna bagi membantu anda.

Artikel bulan ini mengupas tiga laman sesawang (web) yang boleh anda layari. Saya akan bincangkan satu laman web dari luar negara dan dua dari dalam. Kesemuanya padat dengan panduan praktikal yang akan menambah keyakinan anda menyusukan bayi.

Artikel penuh di ictpama.blogspot.com

Thursday, June 4, 2009

China tutup akses Internet


BEIJING 3 Jun - Pihak berkuasa China menutup blog, forum Internet dan laman media sosial seperti Twitter dalam usaha untuk menyekat perbincangan politik di ruang siber menjelang hari ulang tahun ke-20 protes prodemokrasi di Dataran Tiananmen, esok.

Namun, penutupan laman-laman Internet menandakan babak baru dalam percubaan pihak berkuasa untuk menutup mulut penentang kerajaan komunis itu.

Langkah itu juga menunjukkan semakin berpengaruhnya teknologi sedemikian di kalangan golongan muda China dalam sebuah masyarakat autoritarian yang mengawal penyaluran maklumat dengan begitu ketat.

China mempunyai pengguna Internet paling ramai di dunia dan komuniti Internet terbukti semakin berpengaruh dalam menyebarkan berita mengenai sesuatu kejadian, daripada protes pelajar hinggalah kepada jadual rombongan membeli-belah.

Pemantau Internet kerajaan telah menutup papan mesej di lebih 6,000 laman web yang ada kaitan dengan kolej dan universiti, dipercayai untuk menghalang perbincangan mengenai peristiwa 1989 itu, menurut Pusat Penerangan bagi Hak Asasi Manusia dan Demokrasi di Hong Kong.

"Kami difahamkan kerajaan China menyekat akses ke laman Flickr dan laman antarabangsa lain, tetapi kerajaan tidak memberikan sebarang penjelasan," kata Jason Khoury, jurucakap bagi Yahoo yang memiliki Flickr.

Disaring dari sumber

Tuesday, June 2, 2009

Ceramah Motivasi Keibubapaan SK Agama Ibnu Khaldun

Ceramah Motivasi Keibubapaan SK Agama Ibnu Khaldun, Samarahan

















Penceramah tengah bersemangat waja -- sehingga masa tak cukup.



















Serius betul mak cik ini mendengar ceramah.



















Bilik penuh sesak...



















Kerusi tambahan terpaksa disediakan. Ada juga ibu bapa yang terpaksa berdiri di luar bilik kerana tempat duduk yang terhad!



















Terima kasih... menerima cenderamata daripada pengerusi PIBG SK Agama Ibnu Khaldun, Samarahan.