Monday, December 28, 2009

SM Sains Miri catat rekod PMR baru









Keratan Utusan Borneo 25 Dis 2009.

Alhamdulillah. Saya tumpang gembira apabila 52 daripada 86 pelajar SM Sains Miri yang pernah mengikuti ceramah motivasi saya pada 31 Mac 2009 mendapat kesemua A dalam PMR 2009.

Usaha saya sangatlah kerdil berbanding penat lelah pelajar, guru dan ibu bapa. Ceramah saya cuma 1 jam. Tetapi mereka berusaha selama 3 tahun.

Saya juga berterima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput bekas pelajar batch pertama (1990) SM Sains Miri. Di pihak budak tua (old boys), usaha gigih kita membantu bagi sama-sama mencemerlangkan putera puteri SM Sains Miri adalah sangat penting. Semoga adik-adik kita di SM Sains Miri senantiasa cemerlang dunia dan Akhirat.

Insyaallah bagi sekolah-sekolah lain boleh jemput saya (tinggalkan komen). Saya akan kongsikan rahsia yang telah saya bongkar di SM Sains Miri. Jangan risau tentang bayaran profesional.

0 comments:

Post a Comment