Semasa membuat pembentangan, elakkan kelihatan terlalu simple atau kurang segak dari segi pemilihan pakaian. Ingatlah bahawa anda adalah seorang pakar. Jika tidak, anda tidak akan diminta bercakap di hadapan.Tanggapan pertama audiens sangat penting lebih-lebih lagi jika anda menjual satu-satu produk kepada pelanggan. Saya tidak hairan mengapa ada jurujual yang sanggup memakai tali leher di bawah panas terik matahari. Mereka kesana-sini mencari pembeli yang sudi membeli buku cerita kanak-kanak atau produk-produk lain, sambil mengelap keringat di dahi. Yang penting "control handsome!"
Frank Adamo, penulis buku 31 Tips to Becoming an Effective Presenter menyebut bahawa audiens berhak memilih pakaian yang simple, tetapi bukan presenter. Saya cadangkan anda berpakaian satu aras lebih tinggi dari kalangan audiens.
Maknanya jika anda dimaklumkan bahawa sesi persembahan adalah santai, pilihlah pakaian ala casual smart. Jika audiens anda berpakaian dengan tema casual smart, anda boleh kenakan suit bisnes atau jaket tanpa tali leher dan begitulah seterusnya.
Saya sendiri datang ke sesi persembahan dengan membawa 'bekal' jaket kasual atau blazer yang digantungkan dalam kereta. Saya akan sesuaikan dengan keadaan audiens. Pilihan lain yang lebih selamba ialah jaket jean atau the fleece.
Baca 9 tips persembahan dari Frank Adamo.
Kredit gambar.



1 comments:
Salam.
Keep up the good work! :D
hiksss ....
Post a Comment