Monday, July 20, 2009

Semua NC disaran guna Facebook





















SAIFUDDIN menekan butang pada komputer riba sebagai simbolik pelancaran e-book Kalau Saya Mahasiswa di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial, Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian.

Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu.

"Dengan itu, ia akan memberi peluang kepada setiap mahasiswa berinteraksi dengan pimpinan universiti. Lazimnya yang lebih mudah berjumpa dengan pemimpin universiti ialah pemimpin mahasiswa sahaja," katanya.


Sumber: Kosmo! Online

Facebook pupuk belia berpolitik

KUALA LUMPUR 19 Julai – Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan sepenuhnya laman web sosial Facebook bagi menarik golongan belia untuk berpolitik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, langkah itu wajar kerana Facebook merupakan laman yang paling digemari golongan tersebut pada masa ini.

Katanya, berdasarkan pengalaman peribadinya, beliau ‘bersahabat’ dengan lebih 2,800 belia menerusi Facebook yang mana mereka masih berminat berbicara tentang politik.

‘‘Daripada apa yang saya lihat dalam Facebook, adalah tidak benar kalau kita katakan orang muda tidak berminat dengan politik. Mereka minat politik, tetapi dengan cara yang baru dan berbeza.

‘‘Jadi, kalau hendak tingkatkan penyertaan orang muda dalam politik, sistem politik yang sedia ada perlulah dipinda sedikit untuk memberi ruang kepada golongan muda,’’ katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Saifuddin berkata demikian kepada pemberita pada majlis meraikan sahabat-sahabat Facebook beliau dan genap 100 hari menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Saloma Bistro, Jalan Ampang di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, sebagai contoh antara pandangan yang diutarakan kepada beliau melalui Facebook ialah ramai anak muda yang menyokong BN, tetapi sukar hendak jadi ahli mana-mana parti komponen dalam BN.

‘‘Jadi, mereka minta cadangkan tubuh Kelab BN supaya mereka boleh sokong BN dan jadi ahli BN tanpa jadi ahli mana-mana badan gabungan.

‘‘Ini kerana ramai golongan muda pada hari ini adalah bukan Melayu, Cina mahupun India hasil daripada perkahwinan campur. Oleh itu, agak sukar bagi mereka untuk menyertai UMNO, MCA atau MIC,’’ katanya sambil menambah golongan itu tetap menyokong BN.

Saifuddin menambah, terdapat juga di kalangan orang muda yang tidak ada ketaatan kepada mana-mana organisasi atau ideologi politik.

‘‘Golongan ini berfikir berdasarkan pandangan peribadi. Perkara yang dirasai betul, mereka akan katakan betul dan yang salah mereka akan kata salah.

‘‘Golongan muda pada hari ini juga lebih tertarik jika suara mereka didengar tidak setakat musim pilihan raya sahaja, tetapi sepanjang masa,’’ katanya.

Tambah beliau, bagi mereka proses demokrasi tidak sepatutnya dipamerkan pada setiap lima tahun sekali sahaja dan pandangan itu turut diluahkan dalam Facebook.

Beliau turut berhasrat untuk menambah bilangan sahabat dalam Facebook kepada 5,000 orang menjelang penghujung tahun ini.

‘‘Saya seronok menggunakan Facebook, namun agak mustahil untuk saya menggunakan laman web itu setiap hari. Nanti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyangka saya tidak ada kerja pula,’’ katanya secara berseloroh.

Pada majlis yang sama, Saifuddin turut melancarkan buku elektronik beliau yang pertama bertajuk Kalau Saya Mahasiswa yang boleh dibaca secara percuma di www.saifuddinabdullah.com.my

Menurutnya, dalam buku berkenaan, beliau menceritakan pengalaman dan pengamatannya dalam gerakan mahasiswa dulu dan sekarang selain menggaris apa yang akan dilakukan untuk memperkasa gerakan mahasiswa. - UTUSAN ONLINE

Sunday, July 19, 2009

Malaysia Boleh!
















United atasi Malaysia 3-2
18/07/2009 7:38pm

KUALA LUMPUR 18 Julai - Malaysia hampir mengejutkan Manchester United, namun jaringan Michael Owen pada 10 minit pada akhir perlawanan menyaksikan pasukan kebangsaan tumpas 2-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dua jaringan Malaysia disumbangkan oleh Mohd. Amri Yahyah, manakala United memperoleh jaringan menerusi Nani dan Wayne Rooney. - Utusan

Saturday, July 18, 2009

MPH buat promosi buku berbahasa Melayu?!




















Gambar disalin dari Blog UnikaPTS.

Thursday, July 16, 2009

6 teknik memulakan persembahan

1. Tanyakan soalan

Cari soalan yang menarik yang membawa audiens berfikir. Soalan yang menarik biasanya berbunyi "Tahukah anda bahawa....?". Ia akan membuat mereka mula mencari jawapannya.

2. Letak diri anda pada diri mereka

Jika anda berada pada tempat audiens, apa yang anda fikirkan? Apa yang anda inginkan?

3. Kisah-kisah lucu

Jika anda mempunyai bakat humor, teknik ini merupakan kaedah yang baik untuk memulakan persembahan. Sudah tentu kisah lucu yang anda hendak ceritakan haruslah berkait rapat jika tidak berkait langsung dengan topik persembahan.

4. Kaitkan perkara yang lepas

Tujuannya adalah untuk membawa audiens pada satu landasan asas yang mungkin pernah mereka lalui sebelumnya. Di dalam dewan kuliah saya memulakan sesi dengan meminta mereka membuat reviu apa yang telah mereka pelajari pada minggu lepas.

5. Gunakan petikan kata-kata

Petik kata-kata mereka yang pakar atau tersohor dalam bidang topik anda. Berikan kata-kata mereka dan kemudian kaitkan bagaimana kata-kata tersebut releven dengan topik perbincangan.

6. Cerita yang menarik

Cerita atau pengalaman peribadi sentiasa menarik perhatian. Ianya unik dan ekskusif. Masukkan unsur drama dan saspens untuk menarik perhatian audiens tentang apa yang akan berlaku seterusnya dalam cerita anda.

Rujukan: writespeaking.com

Blog Widget by LinkWithin